Thursday, January 20, 2011



Hari ni aku rasa beremosi sikit...nak suarakan pandangan peranan isteri sebagai pengurus rumah tangga terbaik!! Seorang wanita bergelar isteri bukan boros berbelanja terutamanya berkaitan barangan keperluan dalam rumah. Ramai para suami kerap menyalahkan isteri bila membeli sesuatu barang yang mereka rasa tak perlu sedangkan mereka memang perlukan barang tu suatu hari nanti. Setuju tak? Ok aku bagi contoh kat sini beli hanger atau penyangkut baju. Kalau dalam sebuah rumah tu ada 2 orang anak kecil dan 2 orang dewasa, aku rasa dalam seminggu pun nak kena basuh kain baju 3-4 kali. Jadi sudah semestinya perlukan hanger banyak terutamanya bagi golongan yang tinggal di aparment. Takkan nak turun sidai baju kat bawah kut.

Aku jugak ada terbaca satu artikel dalam akhbar topik membincangkan pengurusan rumahtangga tanggungjawab bersama suami dan isteri. Pada zaman sekarang ramai isteri bekerja sepertimana suami bekerja untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi. Memang ada suami berkerjaya yang mampu menanggung sepenuhnya keperluan isteri dan anak-anak tapi bagi suami yang kurang mampu isteri banyak membantu. Bagi isteri yang bergelar surirumah sepenuh masa, bertuahlah badan kerana dapat menyempurnakan sendiri segala keperluan suami dan anak-anak. Namun begitu tidak adil rasanya jika suami menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab menguruskan segala urusan rumahtangga dan anak-anak kepada isteri, pendek kata setiap bulan hanya kasi duit belanja kat isteri. Segala urusan isteri perlu bereskan. Tak adil kan?Tahukah para suami di luar sana kerja menguruskan rumah dan anak-anak takkan pernah habis. Tiada istilah rehat ataupun cuti. Kerja makan gaji bolehlah cuti, tapi kerja rumah mana ada. Bagi isteri yang bekerja pulak kena pandai-pandai bahagikan masa tugasan di pejabat hanya di pejabat bukan untuk dibawa balik ke rumah dan begitulah sebaliknya. Ini penting untuk tidak mencampuradukkan masalah rumahtangga dan masalah di pejabat. Aku rasa ramai tak boleh control yang ini, termasuk aku....kadang-kadanglah...heh..heh..kita hanya manusia biasa bukan malaikat. Part yang paling best isteri bekerjaya yang success dalam kerja dan succes dalam menguruskan rumahtangga. Yang ni aku tabik spring!! Isteri lebih cekap menguruskan rumahtangga dan bijak membuat keputusan yang tepat daripada suami. Setuju tak? Sebagai contoh bayar bil telefon, letrik, air, ansuran kereta, ansuran rumah dan 1001 macam bil lagi. Isteri tidak suka bertangguh-tangguh soal bil sebab itu selalu mengingatkan suami menyelesaikannya segera. Ini berbeza sekali dengan suami bersikap nanti dulu. Lelaki dikurniakan Allah s.w.t kelebihan 10 akal berbanding 1 akal isteri. Ini menunjukkan betapa suami lebih bijak daripada isteri. Selalu lambat bertindak dan membuat keputusan membuatkan isteri menjadi lebih cekap menguruskan rumahtangga berbanding suami. Jadi bukan salah isteri bila suami dilabel sebagai pemalas dalam menguruskan rumahtangga.

Kesimpulannya sebuah perkahwinan adalah ikatan perkongsian hidup jiwa dan raga di antara suami dan isteri. Sebuah perkahwinan tidak hanya terjalin dengan kasih sayang semata-mata. Perlu ada komunikasi dua hala bukan sehala iaitu hanya satu pihak yang berterusan bercakap dan lagi satu hanya mendengar jadi macam bercakap dengan benda bukan hidup. Bersikap give and take...iaitu memberi dan menerima di antara suami dan isteri supaya dapat bersama-sama melaksanakan tanggungjawab menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Amalan sikap berterus-terang banyak membantu hubungan suami dan isteri terjalin dengan lebih baik kerana ianya membuatkan pasangan rasa lebih dihormati, yakin dan selamat dalam perhubungan.

No comments:

Post a Comment