Saturday, January 8, 2011

Minggu persekolahan dah bermula. Athirah orang yang paling seronok menjelang musim baru persekolahan. Bukan main gembira lagi dapat baju baru tadika baru. Setelah pikir punya pikir, berbincang akhirnya aku dan suami menambil kata putus menghantar Athirah ke pra sekolah berdekatan rumah ibu mertuaku. Selepas habis waktu sekolah van sekolah akan datang jemput dan hantar ke rumah ibu mertuaku. Petang suami habis bekerja baru ambil Athirah. Kesian hubby aku ni, boleh dikatakan setiap pagi dan petang empat penjuru dia kena lalui hantar Qyreena ke rumah Kak Sue, hantar Athirah ke pra sekolah, hantar aku ke tempat kerja dan dia sendiri ke tempat kerja. Penat tu tak usah cakaplah Tuhan saja yang tau. Setiap pagi seawal 5.30pagi dah bangun bersiap, 6.30pagi kami keluar rumah menempuh jalan yang sesak untuk hantar Qyreena ke rumah Kak Sue. Kemudian berpatah balik hantar Athirah ke pra sekolah. Selepas itu hantar pula aku ke tempat kerja, kemudian barulah dia tiba ke tempat kerjanya. Tapi nak buat macam mana kami tiada pilihan lain kereta hanya ada satu, Qyreena lebih selesa dengan Kak Sue. Pernah juga kami cuba menghantarnya ke pusat jagaan kanak-kanak atau taska yang berdekatan dengan tempat kerja tapi masyaallah menangis tak henti-henti. Bimbang kalau terjadi apa-apa maklumlah banyak berita yang terpampang di dada akhbar pasal kecuaian taska ni, maka kami ambil keputusan hantar ke rumah kakakku, Kak Sue. Athirah pula kami sebenarnya nak hantar ke tadika swasta yang lain, tapi tiba-tiba pula ibu mertuaku minta hantarkan aje ke tadika berdekatan rumahnya supaya sebelah petang Athirah boleh belajar Iqra' dengannya. Tambahan pula dia amat merindui Athirah (dulu ibu mertuaku yang jaga Athirah semasa 'baby'). Oleh kerana tidak mahu menghampakan hatinya, suamiku menurut saja kemahuannya dengan menghantar Athirah ke pra sekolah berdekatan rumah ibu mertuaku. Athirah pun seronok dapat selalu bersama neneknya. Maklumlmama memang selalu manjakan cucu-cucunya kadang-kadang lebih daripada anak-anaknya. Aku pulak mulanya nak naik aje bas ke tempat kerja taknak menyusahkannya tapi suah ami keberatan nak izinkan, katanya dia lebih suka dia sendiri yang hantarkan terjamin keselamatan. Aku ikutkan aje sebab aku pun takut jugak sebenarnya berjalan kaki sorang dan naik bas sendiri. Apapun suamiku lakukan semua ni untuk kebaikan kami sekeluarga, sikitpun dia tak merungut. Bila pandang wajahnya aku tau sebenarnya dia letih yang amat tapi kami tidak ada pilihan lain, ini yang terbaik untuk kebaikan kami sekeluarga.


Di bawah ni gambar-gambar ceria betapa terujanya Athirah ke pra sekolah.



Di bawah ni pulak gambar-gambar aksi terkini Qyreena menjelang usia 9 bulan.









No comments:

Post a Comment