Saturday, January 1, 2011



Selamat Datang 2011…Selamat Tinggal 2010. Mulakan tahun baru ini dengan azam dan semangat yang baru. Tapi bagi aku setiap hari aku berazam dapat siapkan kerja-kerja di pejabat mahupun di rumah dengan secepat yang mungkin. Tapi dah lumrah kerja semakin cepat dan banyak kerja dapat dibereskan semakin banyak pulak kerja lain menanti. Kalau semua kerja beres mungkin bos pun dah tak perlukan kita lagi. Kerja siap, puas hati, bos senang hati, bonus pun senang dapat

Semalam sepatutnya aku cuti sempena cuti umum ‘special’ yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib sempena kemenangan jaguh-jaguh Harimau Malaya kita merampas Piala AFF Suzuki 2010 tapi dek kerana kira stock akhir tahun kami semua terpaksa bekerja dan cuti diganti dengan cuti Tahun Baru Cina nanti (kerja dengan Cina ni). Apa pun aku seronok kerja kat sini, dah 6 tahun berbakti di sini anak pun dah 2 orang.

Akhbar 31 Disember 2010 ada artikel menarik mengenai topik suami pemalas. Sebenarnya suami bukan pemalas cuma kurang rajin menguruskan rumah tangga. Ini disebabkan lelaki memang sejak lahiriah dimanjakan dengan tidak membuat kerja-kerja rumah kerana mengikut pandangan masyarakat itu kerja perempuan. Tapi zaman moden sekarang perempuan pun bekerja cari duit untuk diri sendiri dan membantu suami untuk hidup lebih selesa. Tengok saja perbelanjaan isi rumah, kalau sekali shopping RM100 tu dah macam biasa. Hidup kat bandar semuanya perlukan duit…no money no talk. Tetapi paling penting jangan jadi hamba duit. Sebab bila jadi hamba duit kita sanggup buat apa saja untuk dapatkan duit tak kira duit itu halal atau haram. Kata ulama-ulama terkenal Kejarlah Akhirat (hal-hal agama) Seolah-olah Esok Hari Matimu, Nescaya Dunia (harta dunia) Akan Mengejarmu. Dan lagi ingat 5 perkara sebelum 5 perkara iaitu: Kaya sebelum miskin, Sihat sebelum sakit, Muda sebelum tua, Lapang sebelum sempit , Hidup sebelum mati.

Sempena tahun baru ni, aku rasa aku perlu ada senarai perkara apa yang ingin dicapai dalam masa setahun. Dengan cara ini aku dapat lihat matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Sebelum ni aku tak pernah ada senarai-senarai ni sebab aku tak rasa kita perlu luahkan apa yang ingin dicapai. Cukup sekadar kita sendiri yang tahu, tapi lepas baca buku-buku motivasi dan buat carian dengan en. Google aku sedar betapa pentingnya senarai tu supaya kita ada matlamat dan tahu apa yang perlu dibuat. Antara beberapa perkara penting yang aku nak buat bermula Tahun 2011 ialah:-

Pertama – Memandu kereta sendiri dengan kereta sendiri (sebelum ni suami mesti kat sebelah jadi pemandu arah). Senang nak pergi ke mana-mana, tak payah menyusahkan suami lagi nak bawa kita ke mana-mana bila dia penat.

Kedua – Cari jalan untuk tambah wang saku.

Ketiga - Cuba luangkan masa sebanyak mungkin bersama Athirah dan Qyreena, lagipun tahun ni si kakak dah 6 tahun masuk tadika.

Keempat – Nak tambah simpanan peribadi dan anak-anak untuk masa depan.

Kelima – Nak mulakan tabiat pemakanan sihat dan baik untuk kesihatan. Umur dah makin meningkat tapi masih makan macam-macam. Kena ubah tabiat ni.

Keenam – Nak catat segala perbelanjaan keluar supaya tak boros dan tahu ke mana duit lesap setiap kali dapat gaji.

Ketujuh – Nak update blog 2 kali seminggu.

Yang lain-lain nak tulis kat white board yang baru beli…..

No comments: