Wednesday, February 9, 2011


Hepi Besday to Me!


Hu..hu..umur dah cecah 31tahun. Macam banyak pulak angka tu, bermakna dah 31tahun aku dikurniakan nyawa oleh Yang Maha Esa untuk hidup di muka bumi ini. Alhamdullillah....amin.
Ucapan terima kasih yang tak terhingga buat ibu tersayang kerana melahirkan aku dan bersusah-payah membesarkan aku dari kecil hingga sebesar ini. Terima kasih juga buat suami, anak-anak dan kawan-kawan yang mengingati hari lahirku.

Apa makna hari lahir pada anda? Bagi aku hari lahir bukan untuk disambut bersuka-ria dengan pesta atau jamuan sebaliknya kita patut bersyukur kerana masih dikurniakan Allah nyawa dan jasad untuk terus hidup di alam fana ini. Hari lahir bukan hanya hari kita dilahirkan malah mungkin hari kematian kita. Itu semua kuasa Allah, kita manusia hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan. Ini semua ingatan supaya kita tak terus hanyut dalam kemewahan hidup di dunia. Hadiah? Kalau tanya mana-mana perempuan pun semua suka hadiah. Tak kira mahal atau murah, kecil atau besar, cantik atau kurang cantik....semua orang sukakan hadiah. Hadiah hari lahir memang dinantikan terutamanya dari orang tersayang. Bukanlah hadiah tu bukti cinta dan kasih sayang tetapi hadiah sebagai simbolik tanda penghargaan. Tapi bukan semua lelaki suka beri hadiah, ada juga yang kurang sensitif mengenai tarikh-tarikh penting seperti tarikh hari lahir pasangan dan ulang tahun perkahwinan maka dia buat endah tak endah. Kalau pasangannya ok takpelah kalau tak perang dingin dibuatnya.
Personaliti seseorang juga boleh dianalisa melalui tarikh hari lahir seseorang. Ada yang berpendapat orang yang lahir pada bulan Februari.....

1) Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.

2) Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

3) Menurut Fadzillah Kamsah pulak...Berfikiran abstrak, sukakan benda yang realiti dan abstrak, intelligent, bijak, genius, berpersonaliti yang mudah berubah, mudah menawan orang lain, agak pendiam, pemalu, rendah diri, jujur, setia pada segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yang lasak, emosinya mudah terluka dan sangat sensitif, mudah mempamerkan marahnya, tidak suka benda yang remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, berscita-cita tinggi, suka berangan, ada harapan untuk merealisasikan impiannya, pemerhatian yang tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yang bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran, berkecenderungan pada benda yang tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamerkan emosi.

4) Ada juga yang berpendapat....Dilahirkan sebagai diplomat. - Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. - Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. - Mereka tidak suka bersendirian. -Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Ada banyak lagi kajian mengenai personaliti tarikh lahir seseorang, surflah banyak-banyak dengan En. Google. Lagi banyak ilmu yang kita dapat, insyaAllah lagi banyak yang kita boleh pelajari mengenai kekuatan dan kelebihan diri kita sendiri dan persekitaran kita.

Firman ALLAH SWT, Surah Ar-Rad, Ayat 11 yang bermaksud,

“Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri.”

No comments:

Post a Comment