Wednesday, May 25, 2011

Kembali menulis setelah 2 bulan tak update blog. Rutin kerja harian dan komitmen pada keluarga membuatkan aku hampir langsung tiada masa untuk diri sendiri. Sekarang waktu rehat kat tempat kerja sempatlah aku update blog sikit, kalau kat rumah alamat berkuburlah hasrat ni. Dahlah 'line celcom broadband' slow berjam-jam tunggu untuk buka satu-satu laman web sampai tertido dibuatnya. Sedih betul.

Berita terkini Athirah melonjat keriangan bila dapat tahu dia akan dapat adik lagi pada penghujung tahun ni. Katanya best adik ramai, dapat main sama-sama. Aku dan suami pun tak sangka secepat ini, sebab kalau ikut perancangan dalam 2 ke 3 tahun lagi. Syukur alhamdulliah pada rezeki yang Allah Taala berikan. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Kita hanya mampu merancang tapi segalanya Allah S.W.T yang tentukan. Dia Maha Mengetahui. Sayang semua anak ummi....Kandungan ke-3 ni nampaknya tak banyak sangat alahan makanan cuma pada awalnya teruk juga aku asyik demam berpanjangan. Lepas sebulan aduh selera makan bertambah-tambah. Walaupun kandungan baru berusia 3 bulan tapi aku dah kelihatan seperti 5 bulan. Malu jugak bila ramai kawan-kawan di tempat kerja tegur. Ahh..takpe aku makan makanan berkhasiat banyak makan buah-buahan untuk kesihatan baby.Kan sayang ummi....ummi bukan makan untuk diri ummi aje untuk kita berdua.

Bukan ini sahaja sebenarnya yang berlaku sepanjang 2 bulan aku tak update blog, banyak peristiwa lain lagi berlaku yang sebenarnya aku kira benar-benar menguji kesabaran, keimanan, kesetiaan, kejujuran dan keutuhan rumahtangga kami. Hanya Allah sahaja yang tau. Penyelamatnya.....bayi dalam kandunganku ini. Hanya keranamu sayang.....Terima kasih Allah. Untuk menenangkan keadaan kebetulan pula kak long buat perancangan untuk keluargaku termasuk ibuku dan adik-beradikku yang lain pergi bercuti di Cameron Highlands pada pertengahan June ini, insyaallah. Mungkin ini rahmat atas apa yang dah berlaku. Terima kasih Allah.

Monday, March 21, 2011

Walaupun kepenatan dan badan kurang sihat aku tetap gagahkan juga badan ni pergi kerja dan ulang-alik hantar dan ambil Athirah dan Qyreena. Oleh kerana keadaan kesihatan suamiku yang tidak mengizinkan maka terpaksalah aku mengambilalih tugas ni. Di sinilah pentingnya komunikasi dan tolak ansur antara suami isteri. Jangan kita hanya berdolak dalik dengan 1001 alasan, anak kan anak kita kalau tak kita yang jaga siapa lagi nak jaga dan uruskan diorang.

Kesian pulak aku tengok Athirah, cuti sekolah baru-baru ni adku dan suami tak dapat bawa dia jalan-jalan ke mana-mana kerana takde budget untuk semua tu. Takpelah sayang kita kan dah plan bulan Jun nanti ada family trip so tunggu ajelah. Dalam keadaan semua harga barang yang semakin meningkat naik ni aku dan suami perlu hadkan apa-apa perbelanjaan yang dirasakan kurang perlu, hanya beli apa yang patut sahaja. Aku paling geram bila pak-pak menteri

Saturday, February 26, 2011



Bersempena Hari Lahirku Yang Ke-31, aku belikan untuk diriku sendiri sebuah kereta Viva Elite. Hari ni genap sudah seminggu Viva kupandu sendiri. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar cuma kadang-kadang aku gelabah jugak menempuh jalan yang sesak pagi-pagi. Tapi sekarang dah ok sikit. Akhirnya tercapai sudah impianku untuk memiliki kereta sendiri dan pandu sendiri. Bak kata orang 'practise makes perfect' jadi selalulah aku pandu sendirian supaya lebih mahir di jalan raya terutama sekali jalan-jalan sesak dan sempit. Paling syok sekali pagi-pagi dapat hantar Athirah ke pra sekolah. Seronok dapat hantar sendiri cuma balik sekolah tu transport yang uruskan sebab aku dan suami tak cukup masa untuk jemput Athirah balik dari sekolah, jadi suami bayarkan van sekolah untuk jemput dia balik dari sekolah terus ke rumah mama. Tapi kadang-kadang tu ada jugak suami jemput Athirah balik.
Best tu memang best ada kereta sendiri untuk kemudahan nak ke mana tapi perbelanjaan lain pun bertambah dengan ansuran bulanan, petrol, parking dan maintenance. Inilah harga yang aku perlu bayar untuk menikmati kemudahan berkereta sendiri. Macam kebahagiaan rumahtangga perlu dibayar dengan pengorbanan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi.

Sunday, February 13, 2011


MAAF... itulah perkataan terbaik bagi mengembalikan keharmonian rumahtangga bila berlaku perselisihan faham. Tak kira siapa yang mulakan atau siapa yang bersalah, seseorang perlu mohon maaf barulah reda kalau tak mungkin pergaduhan akan berpanjangan. Bila ianya berlarutan dan keadaan tidak terkawal lagi mungkin berlaku perpisahan yang membawa kepada perceraian yang menyakitkan. Perlunya tolak ansur di antara kedua-dua pihak antara suami dan isteri supaya sebarang pertelingkahan dapat diselesaikan secara baik. Aku bukan hipokrit, memang kadang-kadang kami suami isteri pun bermasalah dalam menyelesaikan satu-satu masalah. Tapi aku jenis yang suka berterus terang, segala masalah dan ketidakpuashatian aku suarakan pada suami. Tujuannya tidak lain meluahkan masalah aku dan bersama-sama cuba cari jalan penyelesaikan yang terbaik. Bukankah itu tujuan perkahwinan? Kalau sebelum kahwin boleh bertolak ansur, gaduh...damai, gaduh lagi..damai lagi, gaduh jugak lagi...tetap damai jugak lagi. Jadi kenapa lepas kahwin kita berubah? Tak patut..tak patut...

Anak-anak jadi penawar duka di kala kesedihan, bukannya tempat lepas geram. Jadilah kawan kepada anak-anak

Wednesday, February 9, 2011


Hepi Besday to Me!


Hu..hu..umur dah cecah 31tahun. Macam banyak pulak angka tu, bermakna dah 31tahun aku dikurniakan nyawa oleh Yang Maha Esa untuk hidup di muka bumi ini. Alhamdullillah....amin.
Ucapan terima kasih yang tak terhingga buat ibu tersayang kerana melahirkan aku dan bersusah-payah membesarkan aku dari kecil hingga sebesar ini. Terima kasih juga buat suami, anak-anak dan kawan-kawan yang mengingati hari lahirku.

Apa makna hari lahir pada anda? Bagi aku hari lahir bukan untuk disambut bersuka-ria dengan pesta atau jamuan sebaliknya kita patut bersyukur kerana masih dikurniakan Allah nyawa dan jasad untuk terus hidup di alam fana ini. Hari lahir bukan hanya hari kita dilahirkan malah mungkin hari kematian kita. Itu semua kuasa Allah, kita manusia hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan. Ini semua ingatan supaya kita tak terus hanyut dalam kemewahan hidup di dunia. Hadiah? Kalau tanya mana-mana perempuan pun semua suka hadiah. Tak kira mahal atau murah, kecil atau besar, cantik atau kurang cantik....semua orang sukakan hadiah. Hadiah hari lahir memang dinantikan terutamanya dari orang tersayang. Bukanlah hadiah tu bukti cinta dan kasih sayang tetapi hadiah sebagai simbolik tanda penghargaan. Tapi bukan semua lelaki suka beri hadiah, ada juga yang kurang sensitif mengenai tarikh-tarikh penting seperti tarikh hari lahir pasangan dan ulang tahun perkahwinan maka dia buat endah tak endah. Kalau pasangannya ok takpelah kalau tak perang dingin dibuatnya.
Personaliti seseorang juga boleh dianalisa melalui tarikh hari lahir seseorang. Ada yang berpendapat orang yang lahir pada bulan Februari.....

1) Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.

2) Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

3) Menurut Fadzillah Kamsah pulak...Berfikiran abstrak, sukakan benda yang realiti dan abstrak, intelligent, bijak, genius, berpersonaliti yang mudah berubah, mudah menawan orang lain, agak pendiam, pemalu, rendah diri, jujur, setia pada segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yang lasak, emosinya mudah terluka dan sangat sensitif, mudah mempamerkan marahnya, tidak suka benda yang remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, berscita-cita tinggi, suka berangan, ada harapan untuk merealisasikan impiannya, pemerhatian yang tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yang bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran, berkecenderungan pada benda yang tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamerkan emosi.

4) Ada juga yang berpendapat....Dilahirkan sebagai diplomat. - Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. - Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. - Mereka tidak suka bersendirian. -Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Ada banyak lagi kajian mengenai personaliti tarikh lahir seseorang, surflah banyak-banyak dengan En. Google. Lagi banyak ilmu yang kita dapat, insyaAllah lagi banyak yang kita boleh pelajari mengenai kekuatan dan kelebihan diri kita sendiri dan persekitaran kita.

Firman ALLAH SWT, Surah Ar-Rad, Ayat 11 yang bermaksud,

“Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri.”

Tuesday, February 1, 2011


Annual Dinner 2011 dah berakhir. Bermakna sudah masuk tahun ke-7 aku di DotCom Engineering Sdn Bhd. Tua kat sini jelah aku nampaknya. Rumah pun dekat dengan tempat kerja, kawan-kawan pun ok (yang seangkatan dengan aku jelah...psstt..bukan semua pun), kerja pun oklah boleh tahan sebab dah biasa buat kerja tu.

Tahun Annual Dinner tak macam tahun-tahun sudah ada kelainan sedikit. Management buat keputusan mengupah coordinator untuk majlis ni. Jadi majlis pun happening sikit tak hambar macam selalu dek kerana kekecohan mulut Ms dan Mr MC (pengacara majlis) pada malam tu. Semua berjalan lancar dengan pembukaan majlis pertunjukan tarian singa sempena Tahun Baru Cina, permainan individu dan berkumpulan, cari harta karun dan cabutan bertuah. Cuma seperti tahun-tahun sudah takde subtitle Bahasa Melayu untuk staff berbangsa Melayu (semua percakapan in Mandarin...sikit-sikit je in English).

Sesi bergambar kenangan bersama kengkawan...


Acara kemuncak pada malam tu cabutan bertuah yang mana pemenang utama menerima hadiah berupa wang tunai RM1000!! Fuh harapanku setinggi gunung nak dapat hadiah tu tapi nak buat macam mana belum ada rezeki lagi walaupun dah 6tahun bekerja jadi tak dapat. Hadiah saguhati je yang dapat RM50. Ini dia aku bergambar dengan pemenangnya Esran bin Esmed. Cute kan? Handsome guy dari Sabah. 2tahun lepas pun dia dapat...2nd Prize pulak tu RM500, tahun ni 1st Prize RM1000...eeiii... jeles betul aku. Umur baru je 20++ beza dekat 10tahun dengan aku. Kalau nak kira dengan umur memang banyak beza tapi bila tengok macam ni aku bukan nampak tua sangat pun kan? Heh..heh..angkat bakul sendirilah pulak.



Ini pulak gambar baby baru Boss aku...geram tengok pipi dia, bulat montel. Baru 7bulan dah 9.5kg. Qyreena yang dah 9bulan pun berat badan baru 8kg. Kurus semangat, makanan apalah yang Boss aku kasi. Orang kayalah katakan mestilah yang terbaik dan berkhasiat. Tapi aku rasa ikut mak dia kut, badan sama-sama sihat bertenaga. Tapi gambar kat bawah collegue aku Voon Fuei dengan baby Boss bukan mummy dia tau.



Apapun semoga Tahun Baru 2011 ni aku harap sales company makin naik, prestasi kerja aku makin meningkat dan bonus pun dapat banyak. Insyaallah....

Thursday, January 20, 2011



Hari ni aku rasa beremosi sikit...nak suarakan pandangan peranan isteri sebagai pengurus rumah tangga terbaik!! Seorang wanita bergelar isteri bukan boros berbelanja terutamanya berkaitan barangan keperluan dalam rumah. Ramai para suami kerap menyalahkan isteri bila membeli sesuatu barang yang mereka rasa tak perlu sedangkan mereka memang perlukan barang tu suatu hari nanti. Setuju tak? Ok aku bagi contoh kat sini beli hanger atau penyangkut baju. Kalau dalam sebuah rumah tu ada 2 orang anak kecil dan 2 orang dewasa, aku rasa dalam seminggu pun nak kena basuh kain baju 3-4 kali. Jadi sudah semestinya perlukan hanger banyak terutamanya bagi golongan yang tinggal di aparment. Takkan nak turun sidai baju kat bawah kut.

Aku jugak ada terbaca satu artikel dalam akhbar topik membincangkan pengurusan rumahtangga tanggungjawab bersama suami dan isteri. Pada zaman sekarang ramai isteri bekerja sepertimana suami bekerja untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi. Memang ada suami berkerjaya yang mampu menanggung sepenuhnya keperluan isteri dan anak-anak tapi bagi suami yang kurang mampu isteri banyak membantu. Bagi isteri yang bergelar surirumah sepenuh masa, bertuahlah badan kerana dapat menyempurnakan sendiri segala keperluan suami dan anak-anak. Namun begitu tidak adil rasanya jika suami menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab menguruskan segala urusan rumahtangga dan anak-anak kepada isteri, pendek kata setiap bulan hanya kasi duit belanja kat isteri. Segala urusan isteri perlu bereskan. Tak adil kan?Tahukah para suami di luar sana kerja menguruskan rumah dan anak-anak takkan pernah habis. Tiada istilah rehat ataupun cuti. Kerja makan gaji bolehlah cuti, tapi kerja rumah mana ada. Bagi isteri yang bekerja pulak kena pandai-pandai bahagikan masa tugasan di pejabat hanya di pejabat bukan untuk dibawa balik ke rumah dan begitulah sebaliknya. Ini penting untuk tidak mencampuradukkan masalah rumahtangga dan masalah di pejabat. Aku rasa ramai tak boleh control yang ini, termasuk aku....kadang-kadanglah...heh..heh..kita hanya manusia biasa bukan malaikat. Part yang paling best isteri bekerjaya yang success dalam kerja dan succes dalam menguruskan rumahtangga. Yang ni aku tabik spring!! Isteri lebih cekap menguruskan rumahtangga dan bijak membuat keputusan yang tepat daripada suami. Setuju tak? Sebagai contoh bayar bil telefon, letrik, air, ansuran kereta, ansuran rumah dan 1001 macam bil lagi. Isteri tidak suka bertangguh-tangguh soal bil sebab itu selalu mengingatkan suami menyelesaikannya segera. Ini berbeza sekali dengan suami bersikap nanti dulu. Lelaki dikurniakan Allah s.w.t kelebihan 10 akal berbanding 1 akal isteri. Ini menunjukkan betapa suami lebih bijak daripada isteri. Selalu lambat bertindak dan membuat keputusan membuatkan isteri menjadi lebih cekap menguruskan rumahtangga berbanding suami. Jadi bukan salah isteri bila suami dilabel sebagai pemalas dalam menguruskan rumahtangga.

Kesimpulannya sebuah perkahwinan adalah ikatan perkongsian hidup jiwa dan raga di antara suami dan isteri. Sebuah perkahwinan tidak hanya terjalin dengan kasih sayang semata-mata. Perlu ada komunikasi dua hala bukan sehala iaitu hanya satu pihak yang berterusan bercakap dan lagi satu hanya mendengar jadi macam bercakap dengan benda bukan hidup. Bersikap give and take...iaitu memberi dan menerima di antara suami dan isteri supaya dapat bersama-sama melaksanakan tanggungjawab menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Amalan sikap berterus-terang banyak membantu hubungan suami dan isteri terjalin dengan lebih baik kerana ianya membuatkan pasangan rasa lebih dihormati, yakin dan selamat dalam perhubungan.