Wednesday, May 25, 2011

Kembali menulis setelah 2 bulan tak update blog. Rutin kerja harian dan komitmen pada keluarga membuatkan aku hampir langsung tiada masa untuk diri sendiri. Sekarang waktu rehat kat tempat kerja sempatlah aku update blog sikit, kalau kat rumah alamat berkuburlah hasrat ni. Dahlah 'line celcom broadband' slow berjam-jam tunggu untuk buka satu-satu laman web sampai tertido dibuatnya. Sedih betul.

Berita terkini Athirah melonjat keriangan bila dapat tahu dia akan dapat adik lagi pada penghujung tahun ni. Katanya best adik ramai, dapat main sama-sama. Aku dan suami pun tak sangka secepat ini, sebab kalau ikut perancangan dalam 2 ke 3 tahun lagi. Syukur alhamdulliah pada rezeki yang Allah Taala berikan. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Kita hanya mampu merancang tapi segalanya Allah S.W.T yang tentukan. Dia Maha Mengetahui. Sayang semua anak ummi....Kandungan ke-3 ni nampaknya tak banyak sangat alahan makanan cuma pada awalnya teruk juga aku asyik demam berpanjangan. Lepas sebulan aduh selera makan bertambah-tambah. Walaupun kandungan baru berusia 3 bulan tapi aku dah kelihatan seperti 5 bulan. Malu jugak bila ramai kawan-kawan di tempat kerja tegur. Ahh..takpe aku makan makanan berkhasiat banyak makan buah-buahan untuk kesihatan baby.Kan sayang ummi....ummi bukan makan untuk diri ummi aje untuk kita berdua.

Bukan ini sahaja sebenarnya yang berlaku sepanjang 2 bulan aku tak update blog, banyak peristiwa lain lagi berlaku yang sebenarnya aku kira benar-benar menguji kesabaran, keimanan, kesetiaan, kejujuran dan keutuhan rumahtangga kami. Hanya Allah sahaja yang tau. Penyelamatnya.....bayi dalam kandunganku ini. Hanya keranamu sayang.....Terima kasih Allah. Untuk menenangkan keadaan kebetulan pula kak long buat perancangan untuk keluargaku termasuk ibuku dan adik-beradikku yang lain pergi bercuti di Cameron Highlands pada pertengahan June ini, insyaallah. Mungkin ini rahmat atas apa yang dah berlaku. Terima kasih Allah.